Thursday, January 28, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hukum Couple

Salam..

Hari ini saya nak berkongsi sesuatu tentang "Apa hukumnya ber-couple".. Terdetik hati ini ingin berkongsi tentang isu ini tatkala terbaca status seorang sahabat di Facebook..

Berikut adalah antara hasil2 yang dapat saya terokai melalui forum2 yang saya sertai dan juga melalui abang ipar yg merupakan graduan al-azhar:

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan  jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi) 

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.  (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan  etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (an-Nuur: 30)
 
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
 
3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
 
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 
5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
 
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari) Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya. Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki
bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya. Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,
kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya. Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah
keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

~liyana_91~

Tuesday, January 26, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Menuntut ilmu perlu ikhlas kerana Allah

Salam..

Hari ni saya nak berkongsi satu artikel yang saya jumpa di ILuvIslam.com mengenai menuntut ilmu.. Berikut merupakan isi artikel tersebut:

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.

~liyana_91~

Monday, January 25, 2010

Healing powers of Asma'ul Husna

Assalamualaikum.

It has been discovered by Doctor Ibrahim Karim (Biologist) that Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) have healing power to a large number of diseases.

He used precision methods in the measurement of energy within the human body and discovered that every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body.

He discovered that the mere mention (reciting) of most beautiful names of Allah (SWT) leads to improvement in the tracks Bio Energy within the human body, and after a 3-years of research Doctor Ibrahim Karim reached to the following:

01. Ear - As Sami (The all Hearing)
02. Bone - Al Nafi (The creator of good)
03. Backbone - Al Jabbar (The Compeller)
04. Knee - Al Ra uf (The Clement)
05. Hair - Al Badi (The Originator)
06. Heart - Al Nur (The Light)
07. Muscles - Al Qawi (The All Strength)
08. Heart Waves - Al Wahab (The giver of All)
09. Heart Muscle - Al Razaqq (The Sustainer)
10. Nerve - Al Mughni (The Enricher)
11. Artery - Al Jabbar (The Compeller)
12. Stomach - Al Razaqq (The Sustainer)
13. Cancer - Al Jalil (The Mighty)
14. Thyroid - Al Jabbar (The Compeller)
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migraine - Al Ghani (The Rich One)
17. Eye Arteries - Al Muta ali (The Supreme One)
18. Kidney - Al Hayy (The Ever Living One)
19. Colon - Al Ra uf (The Clement)
20. Intestine - Al Razzaq (The Sustainer)
21. Liver - Al Nafi (The creator of good)
22. Pancreas - Al Bari (The Make of Order)
23. Fatty Sacks - Al Nafi (The creator of good)
24. Womb - Al Khaliq (The Creator)
25. Bladder - Al Hadi (The Guide)
26. Rheumatism - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid (The Righteous Teacher)
28. Nerves of the Eye - Al Zahir (The Manifest One)
29. Pineal Gland - Al Hadi (The Guide)
30. Blood Pressure - Al Khafed (The Abaser)
31. Lung - Al Razzaq (The Sustainer)
32. Thymus Gland - Al Qawi (The All Strength)
33. Gland above the Kidney - Al Bari (The Make of Order)
34. Hair Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. The Nasal Cavities - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Eye - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Method of treatment: Lay your hands on the place of pain and praise Allah (SWT) names above according to your disease until the pain heals or cure away Insha Allah.

Note: Please keep in mind whatever takes place in result of reciting the names of Allah (SWT) depends on the will of Allah, the Almighty.

Source: http://www.ezsoftech.com/islamic/iqlas5.asp

May Allah bless you.

~liyana_91~

Sunday, January 24, 2010

Selamat Berjuang..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Akhirnya..Kembali juga ke rumah..

Salam..

Huhhh...akhirnya selamat jugak sampai ke rumah pukul 10 mlm td..seronok dapat jumpa ibu,ayah,nenek and ahli family yang lain..esok (ahad) nak pergi mersing..tengok adik kesayangan yang menuntut ilmu kat MRSM Mersing..rindu nak gaduh dengan dia.. So, sampai sini dulu la ye..penat tak hilang lagi..

C u all another post..

~liyana_91~

Tuesday, January 19, 2010

Ibu & Ayah

Salam..

Tadi sebelum habis kelas math, Bro Hairi (lecturer math) sempat ucapkan happy mid break kat kitaorang.. Then, dia sempat pesan habiskan sepenuh masa semasa cuti ni dengan gembirakan ibubapa kita.. Yelah,duduk kat uni ni balik sekali sekala jek.. Especially for those yang duduk jauh.. Yang duduk area kl ni senang je diorang nak balik rumah.. Kalau tak balik pun, mesti parents akan datang uni masa weekend.. Masa tengok parents ramai datang jenguk anak2 diorang kat uni ni, tetiba rasa sedih pulak.. Teringat kat rumah, ibu n ayah, kucing-kucing, anak sedara yang comel and macam2 lagi.. Hanya ada satu cara je nak hilangkan rindu kat diorang.. Telefon rumah tiap-tiap hari.. Itu la cara yang saya praktikkan sekarang ini.. Every day akan telefon rumah and cakap dengan ibu.. Kalau tak saya yang telefon, ibu yang akan telefon.. Dapat dengar suara ibu or ayah sekejap pun jadi la.. Then kitorang akan cerita apa yang jadi kat kitaorang pada hari tu.. Yang paling gembira bila dapat dengar my ibu sebut "Ibu sayang kakcik" setiap kali kitorang dah nak habis berbual.. Maybe bagi sesetengah orang, benda ni dianggap macam tak penting.. Kita dah besar, buat apa nak bagitau mak apa yang kita buat.. Tapi tidak bagi saya.. Bagi saya, bila dapat share something dengan my ibu, benda tu sangat seronok.. Mungkin sebab saya rapat dengan ibu and ayah.. Ramai yang sangka yang saya ni anak bongsu tapi sebenarnya tidak.. Bawah saya masih ada lagi seorang adik lelaki yang nakal (belajar kat MRSM).. But mungkin sebab saya rapat dengan my ayah n ibu adalah kerana dari kecik sampai sebelum masuk CFS IIUM, saya tinggal dengan diorang.. Adik-beradik yang lain semuanya tinggal asrama bila masuk Form 1.. Lagi beberapa hari ni nak balik rumah.. Tak sabar nak jumpa ayah, ibu and yang lain2..

Ok la guys..sampai sini je dulu.. As a conclusion, sayangi and hargailah parents korang selagi hayat diorang masih ada lagi.. For those yang mak or ayah or both yang dah meninggal, sedekahkan Al-Fatihah and Yaasin selau untuk diorang.. Ingat yang diorang akan selalu menyayangi anda..

~liyana_91~

Exam..

Salam..

Start hari khamis ni ada dua paper exam yang menanti.. UNGS n MATH.. Pning kepala tak tau nak studi yang mana dulu.. So, inisiatifnya studi UNGS dulu then baru MATH.. Lepas tu cuiti seminggu.. Tak terasa sangat nak cuti sebab bayak sangat perkara yang bersarang kat kepala ni.. Ya Allah, KAU tolonglah hamba-mu ini dalam menempuh segala dugaan yang KAU berikan.. So to all my friends, I wish all of you GOOD LUCK for your exam..

~liyana_91~

Monday, January 18, 2010

Tasbih Terakhir

Salam..

Hari ni nak cerita lak pasal tayangan filem "Tasbih Terakhir" anjuran Creative Production Club IIUM.. Overall cerita tue sangat2 membawa mesaj yang mendalam.. Kisah tentang seorang ibu dan anak.. Kadangkala kita tak pernah terpikir yang selama ini kita bayak menyakitkan hati ibu kita.. Bagi kita apa yang kita buat tu juz a small matter.. Tapi, kita tak tau apa yang ibu kita rasa pada masa itu.. Hargai ibu anda selagi mereka masih ada.. Bila ibu dah tak ada kat sisi, masa tu barulah kita rasa betapa sunyi dan tak bergunanya hidup ini..

So guys.. Hargailah kedua ibu bapa anda semasa mereka masih ada lagi.. Kasih sayang mereka takkan pernah terpadam  selagi anak-anak mereka di sisi mereka..


Dah habis.. :)


~liyana_91~

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..akhirnya settle gak serah borang perjanjian PTPTN.. Walaupun pelbagai ujian yang datang, akhirnya selesai jugak.. Terasa hilang separuh beban dalam diri ini.. Terima kasih diucapkan kepada officer PTPTN yang incharge, En Mohd Nuzul Bin Salleh di atas layanan baik yang anda berikan...heee...

Ok,jmpe di post lain plak..

Salam

~liyana_91~

Monday, January 11, 2010

Creative Production Club & Tasbih Terakhir

Sabtu kelmarin dapat mesej dari unknown number.. Then, baca la mesej tu yang berbunyi camni:
"Slm.interested in joining our next programme as a commitee?reply ur name & matric no and do come to the main audi- 10/1/10 (sunday) at 11.00am for briefing." Mula-mulanya macam taknak join then suddenly pagi2 ahad, ada seorang sahabat mesej and tanya nak join tak.. Pikir punye pikir then saya decide nak pergi la gak briefing tu.. And tak lupa ajak gak seorang lagi sahabat join.. Lalu kamibertiga pun pergi la main audi dengan menaiki sebuah kereta.. Sampai2 kat main audi, terperanjat sangat..! Bukan sebab ramai orang tapi sebab hanya aad tak sampai 10 orang dalam main audi tu..(Rasa nak gelak guling2 kat situ..hehehe).. Then ternampak seorang brother yang juga kawan kitaorang.. Kitaorang pun tunggu jela dalam main audi yang sejuk tu.. Pastu ada la beberapa sisters masuk main audi tu.. Suddenly, tunggu punye tunggu, datang la seorang brother ni (ajk club) memperkenalkan diri kat kitaorang sebagai Bro Asyraf (kalau xsilap la).. Dia pn citer la pasal kelab ni yang baru lagi diperkenalkan kat uia gombak ni.. Tiba-tiba kitaorang menerima satu berita yang sangat2 mengejutkan..!! Kitaorang kena involve dalam satu event yang akan diadakan pada 14 Januari ni!!! Punye la terkejut sampai tak tau nak cakap apa.. Then, pagi ahad tu jugak kitaorang buat rehearsal.. Ada 2 part yang kitaorang kena decide whether nak jadi Kunang-Kunang or jadi Budak Pegang Kain and buat ombak2.. Then, 4 sure saya akan pilih nak jadi Budak PegangKain.. Tak sanggup nak jadi Kunang-Kunang yang kena wat sedikit tarian di atas pentas masa event tu.. So, Kunang-Kunang dianggotai oleh (Athirah,Farah,Farah Ain,Dila,Sarah,Atikah) and Budak Pegang Kain (Saya,Dayana aka Yayan, Fitri, Helmi, Fa n sorang lagi brother yang tak diketahui)..Kitaorang pun buat la rehearsal tu walhal kat kepala tengah fikir pasal test database yang akan diadakan pada 11/1/2010..Then pukul 2 petang kitaorang pun habisla buat rehersal.. So,kitaorang pun balik la bilik and struggle untuk study database.. So, korang semua dijemput untuk menyaksikan satu filem pendek yang sangat best anjuran Creative Production Club iaitu:

            Tajuk : "Tasbih Terakhir"

            Tempat : Main Auditorium IIUM Gombak

            Tarikh : 14 Januari 2010

             Masa : Akan diberitahu kelak


Harap korang dapat bagi kitaorang support.. That's all for today.. (^_^)



Siapakah mumia ini??? (Masa nie kitaorang tengah boring sangat2).. :)



Bukan senang nak bergambar dengan mumia ni..hehehe

~liyana_91~

Thursday, January 7, 2010

Dinner INTECH_SS

Malam tadi Ms Azimah (leccturer CFS PJ) ada bagitau yang INTECH_SS akan buat dinner pada 30/1/10..
Bertempat di Restoran Nelayan, Titiwangsa.. Ms cakap semua student Gombak sem2, 09/10 dijemput hadir..
Masa tu riang gmbira tak terkata.. Siap post dalam facebook pasal dinner tu.. Then, ramai la gak yang komen balik.. Suddenly, ada seorang sahabat ni cakap dia tak dapat datang sebab masa tu dia balik umah.. Pikir punya pikir, baru teringat yang 30hb tu tengah mid-break.. Adoi.. Terus berbelah bahagi nak pegi ke tak dinner tu.. Masa tu terus mesej Ms Azimah balik.. Mana tau leh anjakkan tarikh kan.. But then, ms cakap tak boleh sebab ajk dah hantar proposal dekat stad.. Adoi..nak pergi gak dinner tu tapi tak nak balik gombak awal-awal.. So guys, you all pikir camne pulak??? (Dilema Dinner INTECH_SS + Balik Rumah)

Wednesday, January 6, 2010

Ajaib Tetapi Benar..

Ajaib tetapi benar!  Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali

AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali

SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali


MATI - 145 kali


FAEDAH - 50 kali

KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali

PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali

MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali

BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali

BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali

ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali

JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali

KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali

FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali

BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali

NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali

SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali

KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali

BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali

KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali

SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali

PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali

HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali

DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111%
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 %
JUMLAH = 100 %

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111% daripada bumi dan tanah meliputi 28.889%
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

NOTA: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,"
oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Ikhlas..

"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah
rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu
dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia
adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas
menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya
tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi
nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini
ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya
ikhlas..."

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya
tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan
tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang
mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa
yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang
empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,
Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga
diterima Allah.

ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur
jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang
tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila
sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis
lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca
Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum,
ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau k!
erananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh
yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah
ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau
nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali
sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau
terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana
riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang
tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,
undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,
hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau
ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik
khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta
pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas
kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang
selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama
yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai
yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di
depan orang, forum, upacara memberi hadiah -
lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu
hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,
selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin
popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh
hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak
seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis
kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,
hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi
popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah
ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum
berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang
yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu
berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada
yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi
kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga
aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada
pula yang menangis."

Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang
rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam
kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga
ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub
hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.
Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari
dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu
ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah
itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat.
Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah
sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh
itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut
dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah
semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita
melenting, hati tidak senang dengan orang itu,
bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari
Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk
mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan
doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa
sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada
kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan
Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq
Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju
keredhoaan Mu, ya Allah "

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam
dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang
ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam
rahsia Allah

IMAN SEORANG MANUSIA VS IMAN SEEKOR SEMUT..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

2012?? Pengaruh songsang..

Baru-baru ni, saya menonton filem blokbuster iaitu '2012'.. Overall cerita itu penuh dengan
suspen.. Tapi setelah habis menontonnya, saya merasakan cerita ini sangat2 mempengaruhi
pemikiran ramai penontonnya.. Cerita yang benar2 boleh menyongsangkan akidah seseorang umat!!!
Cerita yang digarap seolah-olah menceritakan tentang bagaimana keadaan ketika kiamat nanti dan
bahtera Nabi Nuh A.S.. Haiwan-haiwan diselamatkan dan ditempatkan di dalam sebuah kapal..
Manusia yang terselamat juga ditempatkan di kapal yang sama.. Persoalannya sekarang, jika benar
mengikut fahaman kafir 2012 adalah end of the world, mengapa mereka masih hidup setelah musibah
itu berlaku??? Bukankah pada waktu itu tidak akan ada seorang pun yang hidup??? Kafir akan terus
sesat dalam kehidupan mereka selagi mereka tidak keluar dari fahaman karut mereka itu..

Ahlan Wasahlan

Assalammualaikum dan salam ukhwah..
Kali pertama mengenali blog ini adalah menerusi seorang senior yang telah lama
berkecimpung dalam dunia blog.. Banyak keburukan dan kebaikannya dalam mengharungi
penulisan blog ini..Saya teringat pesan si sahabat "Blog ni bukan untuk keseronokan semata,
tetapi boleh digunakan untuk menjalankan dakwah terhadap si pembaca"..
Disebabkan pesanan itulah, saya bersemangat untuk mula menulis blog.. Ramai sahabat-sahabat
seperjuangan telah mula membuat blog sejak tahun lepas lagi..Namun, baru tahun ini saya mula
menulis blog..Saya harap sahabat-sahabat yang telah lama menulis blog dapat membantu saya seperti
anda membantu adik-adik yang baru bertahtih.. (^_^)