Wednesday, November 24, 2010

Hadapi Musibah Dengan Muhasabah



Adab-adab menghadapi musibah

1. Bersabar dan redha.

Allah s.w.t berfirman:

"...Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh) Allah." (Surah Luqman: 17)

Jika masih sukar juga hendak bersabar, maka jalan terbaik ialah menyedari bahawa penyesalan atau mengeluh akan takdir Allah tidak membawa apa-apa manfaat pun, malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Lebih baik jika kita bersabar dan merancang tindakan seterusnya daripada memikirkan nasib atau berkeluh-kesah. Inilah rumusan saya berdasarkan petikan nasihat Syeikh Abdul Aziz bin Fathi As-Sayyid Nada tentang konsep sabar menghadapi musibah.

2. Mengucapkan lafaz istirjaa' dan membaca doa musibah.

Lafaz istirjaa' iaitu "Innalillahi wainna ilaihi rajiun" ada diajar di dalam Al-Quran, ayat tersebut bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [Innalillahi wainna ilaihi raajiun]". (Surah Al-Baqarah: 155-156)

Antara kesilapan masyarakat kita hari ini ialah menganggap ucapan ini hanyalah untuk kematian sahaja. Sebenarnya tidak begitu, berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa lafaz istirjaa' ini patut disebut setiap kali ditimpa kesusahan.

Selain itu kita juga dianjurkan untuk mengamalkan doa sunnah ketika menghadapi musibah.

Doa ini berdasarkan hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Doanya mudah saja, setelah membaca lafaz istirjaa', sebutkan "Allahumma ajurni fi musiibati, wa akhlif li khairan minha" yang bermaksud "Ya Allah berilah aku pahala dari musibahku ini dan gantilah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya". Rasulullah memberitahu lagi, dengan mengamalkan lafaz istirjaa' kemudian diikuti doa ini, Allah pasti akan memberinya pahala atas musibah tersebut dan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. MasyaAllah.

3. Berusaha untuk mengatasi kelemahan dan memperbaiki kesilapan.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Seperti yang disebutkan dalam artikel sebelum ini, jika musibah menimpa kerana kesalahan diri sendiri yang disengajakan, maka apa yang berlaku adalah disebabkan diri sendirilah. Jika kita mahu Allah s.w.t mengubah nasib kita, maka kita sendiri harus memulakan langkah perubahannya. Hal ini jelas sepertimana dalam firman Allah s.w.t:

"..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.." (Surah Ar-Ra'd : 11)

Sebab itu, berusahalah untuk meningkatkan prestasi diri senantiasa. Jangan putus asa, sebab berdasarkan ayat Al-Quran dalam artikel sebelumnya sudah dijelaskan bahawa sifat putus asa adalah sikap orang-orang kafir. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kemudahan dan kejayaan. Amin.

4. Melihat orang yang di bawah, bukan di atas.

Antara ciri minda muslim yang sejati ialah apabila menilai konteks nikmat duniawi, dia sentiasa melihat orang-orang yang dibawahnya, bukannya orang di atas. Apabila ditimpa musibah, dia berkata "Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bencana yang menimpa aku tidaklah seteruk orang itu" atau kata-kata seperti ini. Berfikir sebegini mengurangkan rasa ingin berkeluh-kesah bahkan boleh membantu menyemai benih sikap redha dan qanaah.

Itu dalam konteks urusan dunia.

Tapi dalam konteks akhirat pula, baik dalam keilmuan mahupun amal soleh, dia akan sentiasa melihat siapa yang di atasnya dan bersungguh-sungguh untuk menandingi mereka demi mencari redha Allah.

5. Menenangkan hati dengan mengingati Allah.

Segala musibah yang melanda adalah ketentuan Allah. Apabila hati kita sentiasa sedar akan hakikat ini, pasti tiada kegelisahan akan menimpa apabila ditimpa ujian musibah. Apabila hati sentiasa ingat akan Allah, hati akan menjadi tenang:

"..Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Ra'd: 28)

Cuba retrospeksi diri anda, apakah hati anda sentiasa tenang dan tenteram apabila ditimpa kesusahan? Ataupun sentiasa rasa gelisah? Jika anda jenis tidak berasa tenang hati, banyakkan lagi mengingati Allah. Lupakan kerisauan atau ketakutan kepada manusia, takutlah kepada Allah semata. Tingkatkan usaha dan berdoalah kepadanya, kemudian kepadaNya kita bertawakkal.

Kesimpulan

Daripada penulisan artikel ini, saya berharap kita semua dapat beroleh gambaran yang jelas tentang konsep musibah dalam Islam serta peranan kita ketika menghadapinya. Sebenarnya isu musibah menurut Islam ini memerlukan satu perbahasan yang lebih luas, tapi saya kira setakat inilah kemampuan saya pada ilmu dan kesempatan yang ada.

Saya pohon ampun kepada Allah atas segala kesilapan. Saya turut memohon hidayah dan taufiq daripada Allah s.w.t untuk kita semua. Mudah-mudahan kita semua sentiasa istiqamah menghadapi mehnah dan cabaran kehidupan ini, baik kecil mahupun besar.

Sunday, October 24, 2010

Final Exam...

Salam alaik..

Dah lama tak update blog nie..Last entry about raya..Now, nak bercakap pula tentang final exam yang bakal menjelang tak lama lagi..(memg tak lame pun, next week dah start)..Sekarang dah mula struggle habis-habisan untuk ready for da final..Seram, cuak, gemuruh semua bercampur dalam satu..Yang penting, alhamdulillah sangat-sangat sebab carrymarks untuk semua subjek agak unpredictable..Tak sangka leh dapat markah sebegitu rupa..Ibarat memasak tomyam, semua bahan dah ada kecuali perasanya..Insya'ALLAH akanku berikan perasa yang terbaik untuk dapatkan rasa yang enak.. Dalam nak exam ni pun sempat jengah my friends punya blog.. Tetiba tersentak baca entry Bro Hami Asraff.. Katanya nak berehat sebentar dari dunia maya.. Atas sebab apa?? Wallahualam.. Hanya Bro Hami and DIA saja yang tau.. Apapun, gud luck ye bro hami.. Bittaufiq Wannajah fi dunya wal akhirah.. And xlupa to all my frenz yang amik exam, moga-moga kita dapat apa yang terbaik untuk diri kita.. Amiin.. Biar berjaya di dunia dan juga di ahirat..

"Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-Mujaadilah: 11)





Sekian untuk entry kali ini... (^_^)

Thursday, September 9, 2010

Lebaran menjelma kembali..

Salam alaik..

Sudah hampir sebulan kita berpuasa..Melawan musuh yang paling utama yakni hawa nafsu sendiri..Semakin sedih ana rasakan kerana bulan yang mulia semakin meninggalkan kita..Moga amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima olehNYA..

Ramadhan pergi, Syawal menjelma..Sudah pasti ramai di antara kalian yang berlumba-lumba mencari baju raya baru, kasut baru, kuih raya dan pelbagai lagi..Akan tetapi janganlah kita lupa bahawa masih ada perkara yang lebih penting daripada harta-harta duniawi tersebut yakni AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN..Perbanyakkan bersedekah,melakukan amalan2 sunat dan solat-solat sunat..Berjimat cermatlah ketika berbelanja dan jangan membazir..

Kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara ketika Hari Lebaran sangat dituntut kerana dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita..

Sampai di sini dahulu entri yang dapat ana sampaikan.. SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN ana ucapkan kepada semua sanak-saudara,guru-guru serta sahabat-sahabat ana..Mohon kemaafan di atas  segala silap dan salah ana sepanjang tempoh perkenalan kita..

Akhir kata: KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR..

Waallahualam.. (^_^)

Tuesday, September 7, 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W.

ana_love_rasulullah.jpgKuala Lumpur, - Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah S.A.W...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah S.A.W. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi S.A.W. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi S.A.W. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn telatah dan sikap serta perangai ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi S.A.W."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

 Sesungguhnya ana bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.. Selawat dan salam atas junjunganMu Ya Rasulullah... =)

(Ana dapat cerita ini dari seorang sahabat blogger..Terpulang kepada kalian untuk mempercayainya atau tidak)

Friday, August 13, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ramadhan Al-Mubarak

Salam..

Agak lama juga tak update blog nie..Busy sejak masuk ke semester baru kali ini..
Alhamdulillah..Akhirnya Ramadhan menjelma kembali..Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepadaMu YA ALLAH kerana memberi peluang kepadaku untuk menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini..So,untuk kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat daripada seorang hamba Allah..

Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan :>

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya.
Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:

1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa    kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.


4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam  jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

Wallahualam.. (^_^)

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA & SELAMAT BERAMAL"